Pemupukan Hubungan Etnik: Peranan Ibu Bapa dalam Mendidik Anak

Pemupukan Hubungan Etnikc

Emdash Small ShoppingLogo PRESTOkecil LAZADAkecil PGMALLkecil SHOPEEkecil

 

Tajuk: Pemupukan Hubungan Etnik: Peranan Ibu Bapa dalam Mendidik Anak
Pengarang: Suresh Kumar N Vellymalay
Harga: RM32.00  ISBN:  978-967-461-494-2

Keluarga memainkan peranan yang penting dalam merangsang, memperkukuh dan memperkasa kepentingan nilai perpaduan. Ibu bapa merupakan pendidik pertama dan berterusan dalam menjamin pembenihan nilai perpaduan ini melalui asuhan dan didikan anak dalam persekitaran keluarga. Peranan ibu bapa bukan sekadar menerapkan anak-anak dengan ilmu dan pengetahuan tentang disiplin, budaya, tradisi mahupun agama, tetapi juga dengan nilai perpaduan agar anak-anak dapat membesar dalam persekitaran yang sihat tanpa diracuni oleh sikap prejudis dan rasisme.

Sehubungan dengan itu, perbincangan buku ini memberi penekanan kepada kepentingan peranan dan tanggungjawab ibu bapa dalam pembentukan nilai hubungan etnik dalam diri anak-anak selain membincangkan strategi-strategi yang boleh diaplikasikan oleh ibu bapa untuk merealisasikan aspirasi ini. Buku ini juga mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam menzahirkan generasi yang mampu menghayati makna perpaduan kaum di Malaysia.

Buku ini sesuai untuk golongan muda bagi membolehkan mereka memahami realiti dan menyediakan diri dalam merealisasikan makna perpaduan yang ingin dicapai oleh negara. Selain itu, ia juga sesuai dijadikan bacaan umum agar masyarakat berganding bahu bersama-sama dengan kerajaan dalam menjayakan matlamat pembinaan Bangsa Malaysia yang utuh.

  • Hits: 8484

PAUTAN LAIN
- USM
- MAPIM
- KPM
- PNM