Bencana Banjir: Aspek Kesihatan Mental dan Fizikal yang Perlu Diketahui

Banjir

Emdash Small ShoppingLogo PRESTOkecil LAZADAkecil PGMALLkecil SHOPEEkecil

 

Tajuk: Bencana Banjir: Aspek Kesihatan Mental dan Fizikal yang Perlu Diketahui
Editor: Hasanah Che Ismail & Asrenee Ab Razak
Harga: RM65.00  ISBN: 978-967-461-193-4

Bencana banjir yang melanda negeri Kelantan pada akhir bulan Disember 2014 adalah yang terburuk pernah berlaku. Ramai pensyarah perubatan, yang juga merupakan pakar dalam bidang masing-masing terlibat dalam misi bantuan, merawat pesakit yang telah dibawa dari kawasan banjir dan kemudian terlibat memberi bantuan psikososial dan penyelidikan.

Sepuluh orang pensyarah perubatan dan tiga orang pelajar sarjana telah bergabung tenaga merangka satu penulisan tentang pengurusan kesihatan semasa dan selepas banjir. Pensyarah yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing menulis satu bab yang berkaitan dengan kepakaran masing-masing. Lima daripada pakar tersebut adalah pakar psikiatri, seorang pakar psikologi, dua orang pakar dalam bidang perubatan keluarga, dan dua orang dalam bidang statistik perubatan. Tiga pelajar sarjana adalah doktor perubatan dalam latihan kepakaran psikiatri.

Oleh itu buku ini sangat menarik kerana ada kepelbagaian topik spesifik tentang kesihatan, sama ada psikologi atau medikal, dan semuanya disatukan oleh satu bencana. Setiap topik mengisahkan bagaimana timbul masalah kesihatan mental dan fizikal dalam suasana bencana dan garis panduan untuk menanganinya diperincikan.

Buku ini sesuai dibaca oleh orang awam untuk meningkatkan ilmu dan kesediaan menghadapi sebarangan kemungkinan trauma atau bencana. Petugas yang menyertai misi bantuan bencana boleh membacanya untuk mendapatkan gambaran faktor yang patut diberi perhatian semasa di kawasan bencana. Buku ini juga boleh dijadikan teks untuk pelajar fakulti sains kesihatan, perubatan dan pergigian kerana dalam situasi banjir, bantuan daripada pelajar amat diperlukan.

Selain daripada itu, satu bab dikhususkan untuk penerangan tentang skala atau soal jawab stres dan soal jawab kecelaruan stres pascatrauma. Maklumat bab ini lebih sesuai untuk mereka yang berminat melakukan penyelidikan. Walaupun begitu, soal jawab dan skor yang menandakan kecelaruan boleh dijawab oleh pembaca sendiri, untuk mendapatkan penilaian secara kasar sama ada turut mengalami sedikit sebanyak kecelaruan atau tidak.

  • Hits: 1137

PAUTAN LAIN
- USM
- MAPIM
- KPM
- PNM