Sembelit Kronik Pencegahan dan Rawatan

Sembelit

Emdash Small ShoppingLogo PRESTOkecil LAZADAkecil PGMALLkecil SHOPEEkecil

Tajuk: Sembelit Kronik Pencegahan dan Rawatan
Editor: Dariah Mohd Yusoff
Harga: RM40.00  ISBN: 978-967-461-596-3

Sembelit kronik merupakan masalah usus yang lazim berlaku, namun kewujudannya sering dipandang remeh oleh kebanyakan orang. Ramai yang berpendapat bahawa sembelit ialah masalah kecil sahaja dan ia tidak berbahaya. Keadaan ini bertambah buruk dengan kurangnya maklumat mengenai kesihatan usus dan penjagaan kesihatan untuk memelihara kesihatan usus berbanding masalah kesihatan lain. Oleh sebab itu, ramai yang membiarkan sahaja masalah sembelitnya berterusan sehingga akhirnya terpaksa mendapatkan rawatan yang lebih invasif. Bagi warga emas pula, ramai yang menganggap bahawa sembelit ialah masalah biasa akibat proses penuaan dan tidak mendapatkan nasihat serta rawatan yang bersesuaian. Justeru, buku ini merungkai permasalahan dan silap faham yang berlaku berkaitan sembelit dalam bentuk yang mudah difahami bagi meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang sembelit dan sembelit kronik.