Fiqh Jual Beli Dalam Talian

Fiqh

Emdash Small ShoppingLogoPRESTOkecilLAZADAkecilPGMALLkecilSHOPEEkecil

Tajuk: Fiqh Jual Beli Dalam Talian
Harga: RM25.00 ISBN: 978-967-461-741-7

Fiqh muamalat mempunyai bentuk perniagaan yang boleh menjadi dasar dan asas kepada perniagaan atas talian moden hari ini. Ia seperti konsep jual beli secara penulisan atau kitabah dan konsep bay' al-salam atau jual beli secara tempahan dengan bayaran dibuat secara tunai yang telah lama wujud dalam perbendaharaan fiqh Islam. Namun begitu disebabkan pemilihan barang, tempahan barang dan pembayaran segalanya dilakukan melalui medium atas talian, di samping penglibatan orang ketiga sebagai agen, maka kajian yang mendalam dan sistematik perlu dilakukan untuk mengetahui sejauh mana kaedah ini menepati konsep, rukun dan syarat-syarat sah jual beli dalam Islam. laitu berdasarkan prinsip-prinsip umum muamalat perniagaan Islam seperti pengharaman riba, gharar, penipuan, darar dan kewajipan keredaan bersama. Buku yang berada di tangan pembaca ini merupakan hasil penelitian dan kaji yang dijalankan dengan diberi tumpuan khusus bagi mencari jawapan kepada konsep perniagaan atas talian yang semakin popular sekarang ini. Matlamat penyediaan buku ini adalah untuk dijadikan panduan yang lengkap kepada masyarakat khususnya para pengguna dan penjual yang terlibat secara langsung dalam urus niaga atas talian atau secara maya.

 

  • Hits: 322

PAUTAN LAIN
- USM
- MAPIM
- KPM
- PNM