Koleksi Konsep Perubatan Tradisional China: Jilid 1

Perubatan Jilid 1

Emdash Small ShoppingLogoPRESTOkecilLAZADAkecilPGMALLkecilSHOPEEkecil

Tajuk: Koleksi Konsep Perubatan Tradisional China: Jilid 1
Penterjemah: Goh Sang Seong, Chaw Jia Cheng
Harga: RM36.00 ISBN: 978-967-461-698-4

Perubatan tradisional China (PTC) merupakan amalan perubatan yang berlandaskan budaya tradisional, falsafah klasik dan pemikiran kemanusiaan China. PTC bergabung dengan pelbagai aliran pemikiran dan fahaman para pengikutnya dari tempoh pra-Qin hingga awal Dinasti Han, serta berasosiasi dengan teori serta amali sains semula jadi dan sains kemasyarakatan bagi membentuk sistem teori, cara pemikiran serta cara diagnosis dan rawatan yang unik. PTC sangat mementingkan kewujudan bersama yang harmoni antara manusia dan alam semula jadi. Sejajar dengan ini, Koleksi Konsep Perubatan Tradisional China: Jilid 1 memperkenalkan konsep-konsep asas tentang PTC dalam bahasa Melayu kepada pembaca dari segenap lapisan masyarakat yang berminat dan ingin tahu tentang PTC. Banyak istilah dan kata kunci baharu tentang PTC dalam kepustakaan bahasa Melayu disajikan untuk tatapan pembaca. Pastinya pembaca akan dapat merasai pengalaman pembacaan yang luar biasa dan menyeronokkan. 

  • Hits: 390

PAUTAN LAIN
- USM
- MAPIM
- KPM
- PNM