USM Rangkul Tiga Anugerah MAPIM-KPT 2016

AnugerahMAPIM2016

KUALA TERENGGANU, 29 April 2017 - Universiti Sains Malaysia (USM) terus cemerlang memartabatkan penerbitan karya ilmiah apabila berjaya merangkul tiga anugerah di Majlis Anugerah Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM-KPT) 2016 yang berlangsung di Duyong Convention Centre, Duyong Marina & Resort, di sini, malam ini.
Cukup membanggakan buat USM apabila daripada 9 anugerah yang dipertandingkan, 3 daripadanya menjadi milik USM dan antara jumlah pemenang tertinggi bagi anugerah kali ini.

ANUGERAH MAPIM-KPT 2016
Sejumlah sembilan (9) kategori anugerah telah dipertandingkan.
Penerbit USM telah memenangi tiga (3) kategori anugerah.

(1). ANUGERAH MAKALAH JURNAL TERBAIK
(Bidang Sains, Teknologi dan Perubatan)

(2). ANUGERAH BUKU ILMIAH TERBAIK 
(Bidang Kemanusiaan dan Sains Sosial)

(3). ANUGERAH EDITOR NASKHAH BUKU TERBAIK
(Bidang Kemanusiaan dan Sains Sosial)

Semua anugerah akan disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato’ Seri Idris Jusoh.

  • Hits: 1320

PAUTAN LAIN
- USM
- MAPIM
- KPM
- PNM