b.a.c.a WORLD 2018

Baca World merupakan satu medium untuk idea, penerokaan dan inovasi digital merentasi semua generasi.

download

Tahun ini merupakan tahun ketiga penganjuran Baca World yang akan berlangsung selama tiga hari bermula dari 27 April hingga 29 April 2018 di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur.

Sebagai acara yang pertama seumpamanya di Malaysia, Baca World mengetengahkan gaya hidup digital yang canggih dan terkini merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Di samping itu, Baca World juga menjadi platform perkongsian kandungan tanpa sempadan bagi memperluas potensi komunikasi digital.

Seperti tahun-tahun sebelumya, Penerbit USM juga akan turut sama merancakkan lagi Baca World pada tahun ini. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk datang dan merasai keajaiban teknologi masa kini bersama-sama Penerbit USM di Baca World 2018. Pastinya gaya pembacaan menjadi lebih berbeza dengan sajian pameran digital daripada kami.

Artikel Disediakan oleh: 
Noorain Aszihar
Pelajar Tahun 4
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan (Kesusasteraan Warisan)
Universiti Malaysia Kelantan
Nota: Pelajar menjalani latihan industri di Penerbit USM

 

  • Hits: 1624

PAUTAN LAIN
- USM
- MAPIM
- KPM
- PNM