Majlis Pelancaran Buku 2013 Penerbit USM

SanjunganKarya2013Banner

Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM) akan menganjurkan Majlis Pelancaran Buku 2013 pada hari Isnin, 4 November 2013 bertempat di Kompleks Cahaya, Kampus Induk USM. Majlis pelancaran ini akan bermula pada jam 9:45 pagi dan akan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Omar Osman, Naib Canselor USM. Sejumlah 41 judul buku Penerbit USM terbitan tahun 2013 yang akan dilancarkan adalah hasil karya pengarang terdiri daripada staf USM dan pengarang luar termasuk juga dari luar negara.

Majlis Pelancaran Buku ini akan dihiasi dengan acara Bicara Buku yang menampilkan Profesor Dr Shaharir Mohamad Zain. Beliau akan membicarakan karyanya yang berjudul Istilah dan Konsep Pengukuran Tradisional Alam Melayu.

Majlis pelancaran buku yang bertemakan “Sanjungan Karya” ini adalah bertujuan menghargai karya dan pengkarya yang menerbitkan buku dengan Penerbit USM. Selain itu, pelancaran buku ini diharap dapat mempromosikan terbitan Penerbit USM dengan berhasrat menyebarluaskan karya hasil kajian dan penyelidikan serta karya kreatif pelbagai bidang untuk tatapan umum.

  • Hits: 1012

PAUTAN LAIN
- USM
- MAPIM
- KPM
- PNM