Penerbit USM Dinobatkan Anugerah Perdana Penerbit Universiti Awam

ABN2013

Kuala Lumpur 12 Disember 2013, Penerbit USM dinobatkan sebagai penerima kategori Anugerah Perdana Penerbit Universiti Awam yang disampaikan semasa Majlis Anugerah Buku Negara oleh YBhg. Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri bertempat di, Pusat Dagangan Dunia Putra.

Anugerah lain yang turut dimenangi oleh Penerbit USM adalah kategori Anugerah Industri Buku, Buku Umum Terbaik Kategori Seni Bina bertajuk Architecture and Heritage Building in George Town Penang dan Buku Umum Terbaik Kategori Kajian Manuskrip Lama bertajuk Cam-Melayu Abad Ke-19: Pemberontakan dan Diaspora telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

  • Hits: 766

PAUTAN LAIN
- USM
- MAPIM
- KPM
- PNM