Skip to main content

| Penerbit.usm.my |

Pada 29 April 2025, Penerbit USM menerima kunjungan delegasi dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang diketuai oleh En. Saifullizan Yahaya dari Bahagian Penyelidikan Sastera. Kunjungan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Penerbit USM ini disambut mesra oleh Pengarah Penerbit USM, Prof. Dr. Goh Sang Seong bersama beberapa pegawai daripada Bahagian Pemasaran.

Pertemuan ini bertujuan membincangkan kerjasama antara DBP dan Penerbit USM dalam penganjuran Syarahan Keris Mas Kali Ke-4, sebuah program yang menghargai sumbangan tokoh keilmuan dan memperkukuh inisiatif pengembangan khazanah kesusasteraan Melayu.

Kedua-dua pihak menyatakan komitmen untuk memperkukuh kerjasama intelektual dan budaya demi memperkasa dunia penerbitan dan kesusasteraan tanah air.

  • Hits: 199