Penjagaan dan Pengurusan Asas Kanak-Kanak Palsi Serebrum Siri 2: Memposisi dan Mengangkat

 Siri 2

Emdash Small ShoppingLogoPRESTOkecilLAZADAkecilPGMALLkecilSHOPEEkecil

Tajuk: Siri 2: Memposisi dan Mengangkat
Pengarang: Nor Haslina Mohd, Nik Soriani Yaacob
Harga: RM40.00 ISBN: 978-967-461-732-5

Peranan ibu bapa atau penjaga adalah amat besar bagi kelangsungan hidup kanak-kanak, terutama sekali kanak-kanak istimewa palsi serebrum (CP). Namun, tidak semua ibu bapa atau penjaga bersedia dengan tanggungjawab, kemahiran atau pengetahuan yang diperlukan. Tahap ketidakupayaan kanak-kanak yang berbeza-beza serta komorbiditi yang dialami menyulitkan lagi penjagaan mereka. Meskipun peranan dan tanggungjawab ini manjanjikan ganjaran yang besar, ia boleh membawa keletihan fizikal serta emosi.

Siri buku Penjagaan dan Pengurusan Kanak-Kanak Palsi Serebrum bermanfaat untuk semua ibu bapa atau penjaga kanak-kanak CP. Buku-buku ini mengandungi contoh pendekatan praktikal bagi memudahkan peranan ibu bapa atau penjaga agar lebih bebas tekanan dan menggembirakan, serta membantu membina keyakinan diri dan meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak CP. Ahli keluarga lain juga disarankan membaca buku-buku ini agar lebih memahami kesulitan penjagaan kanak-kanak CP dan membantu meningkatkan hubungan kekeluargaan.

Siri 2: Memposisi dan Mengangkat membincangkan sokongan dan postur pelbagai posisi yang sesuai untuk kanak-kanak CP bagi merangsang pergerakan normal serta membantu mengekang risiko komplikasi sistem tulang rangka. Posisi yang betul dan selesa bukan sahaja boleh mengurangkan kesakitan tetapi juga membantu memanjangkan otot. Siri ini juga memaparkan kaedah yang betul untuk mengangkat dan memindahkan kanak-kanak CP bagi mengurangkan komplikasi kanak-kanak serta menjaga postur ibu bapa atau penjaga.

  • Hits: 360

PAUTAN LAIN
- USM
- MAPIM
- KPM
- PNM