Pengarang bertanggungjawab untuk mengemas kini butiran untuk perhubungan (alamat pos, nombor telefon, e-mel dan nombor akaun bank).
Kategori penerbitan yang layak menerima royalti
- Kecetakan Akademik
- Ilmiah popular
- Monograf
- Buku teks universiti
- Buku Teks Pusat Pengajian
Kaedah pengiraan
- Buku bahasa Malaysia
x = 30% [(Kos penerbitan + 40%) – 20%]
x ialah jumlah yang dibayar kepada penulis
kos penerbitan adalah berdasarkan bilangan cetak 1000 naskhah
- Buku bahasa Inggeris
x = 10% × Harga buku × bilangan cetak
- Cetakan semula
- Buku bahasa Malaysia: bagi cetakan melebihi 1000 naskhah, bayaran adalah berdasarkan jumlah buku yang dicetak mengikut kadar royalti senaskhah yang dibayar di atas
- Buku bahasa Inggeris: berdasarkan bilangan cetak semula
Pembahagian
Buku yang ditulis oleh seorang atau sekumpulan penulis:
Syer yang sama ATAU atas persetujuan sesama penulis
Karya suntingan:
Editor akademik: 25% royalti (syer yang sama ATAU atas persetujuan sesama editor)
Penyumbang: 75% royalti (berdasarkan bilangan bab dalam buku)