• Utama
  • Pengarang
  • Terbit Buku
  • Peringkat dan tempoh penerbitan

Peringkat dan Jangka Masa Penerbitan

PERINGKAT DAN TEMPOH PENERBITAN

Secara umumnya, ada tiga peringkat dalam proses penerbitan suatu judul. Bagi manuskrip setebal 250-300 muka surat yang ditaip jarak ganda dua, anggaran tempoh setiap peringkat adalah seperti yang berikut:

· Suntingan naskhah (4–5 bulan)

· Susun atur dan reka letak (3–4 bulan)

· Percetakan dan penjilidan (1–2 bulan)

Dalam tempoh di atas, pengarang juga akan terlibat dalam peringkat suntingan naskhah dan susun atur serta reka letak. Peranan pengarang semasa proses penerbitan adalah seperti yang berikut:

· Menyemak penyuntingan naskhah manuskrip (3–4 minggu)

· Menyemak pruf akhir manuskrip (3–4 minggu)

· Menyediakan indeks (1–2 minggu)