Panduan Umum Penulis

 

{slider title="PREPARATION OF THE PROFESSORIAL INAUGURAL LECTURE TEXT - English" open="false"}

1. The lecture text must be an original academic writing that has not been published before. It must showcase the strength and stature of the professor, and must be able to channel the knowledge that is to be shared with the community.

2. The title of the lecture must be appropriate and interesting.

3. The text must be primarily written in Malay. Any further information regarding this matter may be referred to the Assistant Registrar of the Division of Academic and International (BAA), as the secretariat of the USM Public Lectures Committee.

4. The text must be clean and consistent in style, perfect in language, including in terminology and spelling. The contents must be clear and precise, and the references must be complete, with all of them properly referenced in the text. The format must also be consistent.

5. The text must be prepared in A4 size with double spacing and the surrounding margin of 1 inch, using the font Times New Roman, 12 point.

6. The text must not exceed 40 pages (approved in the 86th Public Lectures Committee Meeting, 3 March 2016), which includes the front matter (title, biodata, list of tables/figures), main text (including tables/figures) and back matter (references/bibliography, appendix and terminology).

7. Synopsis must not exceed 2 pages of A4 with double spacing and the surrounding margin of 1 inch, using the font Times New Roman, 12 point.

8. The author must ensure that the titles and subtitles within the texts are numbered accordingly, following the levels.

9. All figures, tables and pictures require labels, clear text, complete titles, correct numberings, as well as references if the figures/tables/pictures were quoted or taken from a certain source. Terms that are in English within the text, tables and figures must be translated to Malay.

10. Figures, tables, pictures and other illustrations must be clear. The size must fit the text space of 4.5 inch × 7.5 inch.

11. If an illustration in the format of .jpeg or .tiff is included, the resolution must be at least 300 dpi.

12. The author shall assure the University that the submitted lecture text is an original work that has not been published before. The author is responsible for the accuracy of facts within the entire text. The author must also ensure that there are no plagiarism or violations of any copyright law and that the text does not contain sensitive matters that could be defamatory or degrading to all parties. The author is responsible for obtaining permission from the original owner of any illustration used, if needed. Please include the permission letter that was obtained, together with the lecture text.

13. Generally, USM Press uses the latest edition of The Chicago Manual of Style. The author must use this style as well. However, the author is allowed to use styles from their own disciplines, as long as it is consistent throughout the text; that is, formatting for spelling, abbreviations, capitalization, numbers, units, references and etc.

14. Complete documents (text, pictures, biodata, synopsis and Text Submission Checklist – Appendix A) must be submitted to the secretariat (Assistant Registrar, BAA) in hardcopy (2 sets) and softcopy, at least four months before date of lecture or six months after date of lecture. After 6 months, the University will not support any printing costs (approved in the 86th Public Lectures Committee Meeting, 3 March 2016).

15. The author shall be asked to review the text during the galley proof stage (with queries) after the editing process. Any major changes or additions to the text is not allowed during this stage.

16. Printing costs (black and white only) paid by BAA shall be RM 1,000.00 only.

17. Public lecture books printed will be distributed to the author (20 copies), PTJ (80 copies – before lecture or 30 copies – after lecture) and the rest will be for USM Press. If the author or PTJ require extra copies, the printing costs must be paid by the author or PTJ.

18. USM Press may publish the public lecture books in electronic format.

{/sliders}

PENYEDIAAN TEKS SYARAHAN PELANTIKAN PROFESOR

1. Teks syarahan hendaklah merupakan hasil penulisan ilmiah asli yang berkualiti dan belum pernah diterbitkan sebelum ini. Teks ini juga harus memperlihatkan ketokohan dan kekuatan akademik profesor berkenaan di samping berupaya menyalurkan dan menyebarkan tahap keilmuan yang dapat difahami dan dimanfaatkan oleh masyarakat.

2. Tajuk syarahan hendaklah sesuai dan menarik.

3. Teks pada umumnya hendaklah diterbitkan dalam bahasa Malaysia. Sebarang maklumat lanjut berkaitan hal ini boleh dirujuk kepada Penolong Pendaftar, Bahagian Akademik dan Antarabangsa (BAA), selaku urus setia Jawatankuasa Penyelarasan Siri Syarahan Umum.

4. Teks syarahan pada keseluruhannya mestilah kemas dan selaras dari segi gaya, sempurna dari segi bahasa, termasuk peristilahan dan ejaan. Isinya perlu jelas dan tepat, rujukannya lengkap, dengan setiap entri dalam senarai rujukan dirujuk dalam teks, dan formatnya perlu teratur dan selaras.

5. Teks syarahan hendaklah disediakan dalam ukuran A4 berjarak ganda dua (double space) dengan margin sekelilingnya (kiri, kanan, atas dan bawah)
1 inci menggunakan fon Times New Roman, 12 point.

6. Ketebalan maksimum teks syarahan hendaklah tidak melebihi 40 muka surat (diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Siri Syarahan Umum ke-86, 3 Mac 2016), termasuklah muka surat hadapan (tajuk, biodata dan senarai jadual/rajah), isi teks (termasuk rajah/jadual) serta muka surat belakang (rujukan/bibliografi, lampiran dan istilah).

7. Sinopsis hendaklah tidak melebihi 2 muka surat berukuran A4 berjarak ganda dua (double space) dengan margin sekelilingnya (kiri, kanan, atas dan bawah) 1 inci menggunakan fon Times New Roman, 12 point.

8. Penulis hendaklah memastikan tajuk dan subtajuk dalam teks dinomborkan dengan betul mengikut peringkatnya.

9. Semua rajah, jadual dan gambar hendaklah mempunyai isi yang dilabel, jelas dibaca, mempunyai tajuk yang lengkap, dinomborkan dengan betul berserta sumber rujukan sekiranya dipetik atau dimanfaatkan daripada sumber tertentu. Perkataan dan istilah dalam bahasa Inggeris yang terdapat dalam teks, jadual dan rajah hendaklah diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia.

10. Rajah, jadual, gambar dan bahan-bahan ilustrasi lain hendaklah jelas. Saiznya hendaklah bersesuaian dengan ruang teks sebenar, iaitu 4.5 inci × 7.5 inci.

11. Sekiranya penulis menyertakan ilustrasi dalam format .jpeg atau .tiff, resolusinya sekurang-kurangnya 300 dpi.

12. Penulis hendaklah memberi jaminan kepada Universiti bahawa teks syarahan yang diserahkan adalah sebuah karya asli dan belum pernah diterbitkan sebelum ini. Penulis bertanggungjawab terhadap ketepatan fakta keseluruhan isi kandungan. Penulis juga mestilah memastikan bahawa tiada berlaku sebarang ciplakan atau pelanggaran mana-mana akta hak cipta dan tidak mengandungi apa-apa perkara yang sensitif, membawa fitnah dan menjatuhkan maruah. Penulis bertanggungjawab mendapatkan kebenaran daripada pemilik asal atas sebarang penggunaan bahan ilustrasi, sekiranya perlu. Sila sertakan surat kebenaran yang diperolehi bersama-sama teks syarahan.

13. Secara amnya, Penerbit USM menggunakan gaya The Chicago Manual of Style, edisi semasa. Gaya yang digunakan oleh penulis perlulah selaras dengan gaya ini. Walau bagaimanapun, penulis boleh menggunakan gaya daripada disiplin masing-masing dengan memastikan penggunaan gaya tersebut adalah selaras dalam keseluruhan teks (seperti ejaan, penggunaan singkatan nama, penggunaan huruf besar, nombor, unit, rujukan dan lain-lain).

14. Dokumen yang lengkap (teks, gambar, biodata, sinopsis dan Senarai Semak Penyerahan Teks - Lampiran A) perlulah diserahkan kepada urus setia (Penolong Pendaftar, BAA) dalam bentuk hardcopy (2 set) dan softcopy selewat-lewatnya dalam tempoh empat bulan sebelum tarikh syarahan atau enam bulan selepas tarikh syarahan. Selepas tempoh 6 bulan, pihak Universiti tidak akan menanggung sebarang kos percetakan (diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Siri Syarahan Umum ke-86, 3 Mac 2016).

15. Penulis akan diminta untuk menyemak teks pada peringkat pruf galei (senarai pertanyaan) selepas proses suntingan dilakukan. Sebarang penambahan bahan dan perubahan besar tidak dibenarkan pada peringkat ini.

16. Kos percetakan (hitam putih sahaja) yang ditanggung oleh BAA adalah sebanyak RM1,000.00 sahaja.

17. Buku syarahan umum yang dicetak akan diagihkan kepada penulis (20 naskhah), PTJ (80 – sebelum syarahan atau 30 naskhah – selepas syarahan) dan bakinya kepada Penerbit USM. Jika penulis atau PTJ memerlukan naskhah tambahan, kosnya perlu ditanggung oleh penulis atau PTJ.

18. Penerbit USM boleh menerbitkan buku syarahan umum ini dalam format elektronik.

  • Hits: 2338

PAUTAN LAIN
- USM
- MAPIM
- KPM
- PNM