Penerbit USM menerbitkan 16 jurnal berwasit termasuk 4 jurnal yang diterbitkan bersama penerbit luar dan persatuan. Jurnal terbitan Penerbit USM meliputi bidang sains sosial dan kemanusiaan, sains, teknologi dan perubatan yang bertaraf antarabangsa, serantau dan kebangsaan.
Jurnal-jurnal ini disenaraikan dalam pangkalan data antarabangsa seperti Web of Science, Scopus, Asian Citation Index, PubMed Central dan sebagainya. Kesemua makalah jurnal ini dipaparkan secara capaian terbuka (open access) tertakluk kepada syarat CC BY 4.0 dan boleh dicapai di laman web jurnal masing-masing. Penyerahan makalah boleh dibuat menggunakan sistem pengurusan manuskrip, ScholarOne Manuscripts™. Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi laman web jurnal berkaitan.
Panduan dan borang permohonan untuk menerbitkan jurnal baharu bolehlah dimajukan kepada Penerbit USM untuk pertimbangan dan kelulusan Jawatankuasa Penerbitan Universiti.
Guideline of Journal Publication Proposal Proposal