Mutiara Pantun Melayu

Pantun Melayu

Emdash Small ShoppingLogoPRESTOkecilLAZADAkecilPGMALLkecilSHOPEEkecil

Tajuk: Mutiara Pantun Melayu
Pengarang: Zurinah Hassan (Sasterawan Negara )
Harga: RM35.00 ISBN: 978-967-461-797-4

Mutiara Pantun Melayu menyediakan panduan dan petua mengarang pantun yang baik, dan disesuaikan mengikut trend pemantun-pemantun pada era digital ini. Antaranya perbincangan yang mengupas aspek pembinaan unit pembayang yang bukan sekadar berfungsi untuk menyediakan rima, tetapi juga mengukuhkan makna dalam unit maksud. Sasterawan Negara Dato' Dr. Zurinah Hassan telah mengenali dan meminati pantun sejak awal usia lagi. Hal ini telah mendekatkan beliau dengan pengucapan puitis, keindahan bahasa dan keindahan makna yang telah membentuk beliau menjadi seorang penulis puisi moden. Buku ini juga sesuai dijadikan bahan pengajaran dan rujukan dalam pembelajaran serta penulisan puisi, baik puisi moden mahupun tradisi.

  • Hits: 451

PAUTAN LAIN
- USM
- MAPIM
- KPM
- PNM