Kawalan Mutu Berstatistik Untuk Kejuruteraan Dan Teknologi

Teknologi

Emdash Small ShoppingLogoPRESTOkecilLAZADAkecilPGMALLkecilSHOPEEkecil

Tajuk: Kawalan Mutu Berstatistik Untuk Kejuruteraan Dan Teknologi
Pengarang: Amir Yazid Ali, Loh Wei Ping, Ramdziah Md. Nasir
Harga: RM58.00 ISBN: 978-967-461-643-4

Produk yang bermutu dengan harga berpatutan merupakan kehendak setiap pembeli. Bagi mencapai mutu kepenggunaan semasa, aplikasi teknologi terkini dan ilmu kejuruteraan diperlukan dalam menghasilkan produk berkualiti dan sekali gus memenuhi keperluan Revolusi Industri 4.0. Di samping itu, aplikasi ilmu statistik wajar digunakan setelah pengeluaran secara massa berlaku. Kandungan buku ini lebih menjurus kepada teknik dan alatan yang kerap digunakan oleh perusahaan-perusahaan di Malaysia, terutamanya dalam industri pembuatan. Buku ini ditulis khas dalam bahasa pengantar bahasa Melayu bagi rujukan pelajar dalam bidang kejuruteraan dan teknologi yang mengambil subjek kawalan mutu untuk pemahaman yang lebih mendalam. Beberapa contoh pengiraan turut disertakan agar kemahiran analisis dan intepretasi data dengan menggunakan formula statistik lebih mudah difahami pembaca.

  • Hits: 457

PAUTAN LAIN
- USM
- MAPIM
- KPM
- PNM