Penggunaan Pelaris Dan Pendinding Dalam Perniagaan
Tajuk: Penggunaan Pelaris Dan Pendinding Dalam Perniagaan
Harga: RM32.00 ISBN: 978-967-461-807-0
Amalan pelaris dan pendinding dalam kalangan segelintir ahli perniagaan dilihat telah diamalkan di premis perniagaan seperti di restoran, kedai runcit dan sebagainya. Ada amalan mereka yang menggunakan tangkal dan azimat tertentu bagi tujuan melariskan jualan dan mendinding perniagaan daripada terkena sihir. Oleh yang demikian, buku yang berada di tangan pembaca ini bertujuan untuk memperjelaskan tentang hukum penggunaan pelaris dan pendinding dalam perniagaan khususnya dalam masyarakat Islam dan kesannya kepada akidah. Bentuk penulisan dalam buku ini menggunakan kaedah kajian meliputi kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Kajian kepustakaan memberikan tumpuan kepada perbahasan ulama mengenai hal ini bagi mentarjihkan hukum syarak yang bersesuaian dengan isu penggunaan pelaris dan pendinding yang digunakan oleh para peniaga khususnya di Pulau Pinang. Manakala kajian lapangan pula melibatkan pemerhatian dan temu bual yang dijadikan data sokongan dalam melengkapkan dapatan kajian. Kajian yang telah dilaksanakan mendapati bahawa memang terdapat segelintir para peniaga yang menggunakan pelaris dan pendinding yang bertentangan dengan syarak. Oleh yang demikian, kelahiran buku ini diharapkan akan dapat membantu masyarakat untuk memahami kaedah yang betul agar terhindar daripada perkara syirik dan amalan-amalan yang dimurkai oleh Allah SWT.
- Hits: 1117