Penjagaan dan Pengurusan Asas Kanak-Kanak Palsi Serebrum Siri 1: Penjagaan Asas Diri

 Siri 1

Emdash Small ShoppingLogoPRESTOkecilLAZADAkecilPGMALLkecilSHOPEEkecil

Tajuk: Siri 1: Penjagaan Asas Diri
Pengarang: Nor Haslina Mohd, Rathmawati Ahmad, Nik Soriani Yaacob
Harga: RM40.00 ISBN: 978-967-461-709-7

Peranan ibu bapa atau penjaga adalah amat besar bagi kelangsungan hidup kanak-kanak, terutama sekali kanak-kanak istimewa palsi serebrum (CP). Namun, tidak semua ibu bapa atau penjaga bersedia dengan tanggungjawab, kemahiran atau pengetahuan yang diperlukan. Tahap ketidakupayaan kanak-kanak yang berbeza-beza serta komorbiditi yang dialami menyulitkan lagi penjagaan mereka. Meskipun peranan dan tanggungjawab ini manjanjikan ganjaran yang besar, ia boleh membawa keletihan fizikal serta emosi.

Siri buku Penjagaan dan Pengurusan Kanak-Kanak Palsi Serebrum bermanfaat untuk semua ibu bapa atau penjaga kanak-kanak CP. Buku-buku ini mengandungi contoh pendekatan praktikal bagi memudahkan peranan ibu bapa atau penjaga agar lebih bebas tekanan dan menggembirakan, serta membantu membina keyakinan diri dan meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak CP. Ahli keluarga lain juga disarankan membaca buku-buku ini agar lebih memahami kesulitan penjagaan kanak-kanak CP dan membantu meningkatkan hubungan kekeluargaan.

Siri 1: Penjagaan Asas Diri berfokus kepada panduan penjagaan dan latihan pengurusan diri paling asas bagi kanak-kanak CP seperti aktiviti mandi, penggunaan tandas, mengenakan pakaian dengan sendiri dan penjagaan kebersihan mulut. Latihan pengurusan diri boleh membantu memperbaiki pergerakan motor serta membina keyakinan diri kanak-kanak CP, sekali gus mengurangkan kebergantungan kanak-kanak ini kepada orang lain.

  • Hits: 336

PAUTAN LAIN
- USM
- MAPIM
- KPM
- PNM