Teknik Asas Pemisahan Dan Penulenan Produk

tulen

 

Emdash Small ShoppingLogoPRESTOkecilLAZADAkecilPGMALLkecilSHOPEEkecil

Tajuk: Teknik Asas Pemisahan Dan Penulenan Produk
Pengarang: Mohd Nazri Ismail, Husnul Azan Tajarudin, Mardiana Idayu Ahmad
Harga: RM39.00 ISBN: 978-967-461-783-7

Teknik pemisahan dan penulenan produk telah berkembang pesat dan telah menjadi bahagian asas yang penting dalam unit operasi. Secara umumnya, teknik pemisahan dan penulenan produk dapat ditakrifkan sebagai kaedah proses pemulihan, pengasingan dan penulenan produk daripada bahan yang tidak dikehendaki yang telah bercampur baur dengan produk. Teknik ini dapat dilaksanakan melalui proses fizikal, kimia, atau biologi termasuk kitar semula komponen yang boleh digunakan, rawatan yang sesuai, perolehan semula dan pembuangan sisa. Teknik pemisahan ini perlu diuji pada peringkat makmal sebelum diguna pakai pada peringkat industri atau pembuatan. Kebiasaannya, di dalam industri pembuatan, teknik pemisahan digunakan daripada peringkat pengasingan produk sehingga ke proses penggilapan atau pemurnian produk. Secara umumnya, teknik pemisahan dan penulenan produk terbahagi kepada empat peringkat iaitu penyingkiran bahan tidak larut, pengasingan bahan, penulenan, dan penggilapan atau pemurnian produk. Setiap teknik mempunyai kekuatan, dan kelemahan tersendiri yang perlu pengguna memahami dengan betul dan mampu memanipulasinya dengan bijak. Buku ini telah dibangunkan untuk memberikan penerangan lengkap tentang teknik pemisahan dan penulenan produk. Dalam buku ini, perbincangan tentang teknik-teknik ini dipecahkan kepada empat bab utama iaitu pemisahan bahan tidak terlarut, pengasingan produk, penulenan produk dan penggilapan produk. Setiap satu bab diperincikan dengan subtajuk yang memudahkan pemahaman pembaca. Skop buku ini juga sesuai dijadikan bahan rujukan pelajar sekolah menengah, mahasiswa, guru, pensyarah, penyelidik dan saintis yang menggunakan teknik pemisahan dan penulenan produk.

  • Hits: 230

PAUTAN LAIN
- USM
- MAPIM
- KPM
- PNM