Kebangkitan Ilmu Hadis

 

IlmuHadis

Emdash Small ShoppingLogoPRESTOkecilLAZADAkecilPGMALLkecilSHOPEEkecil

Tajuk: Kebangkitan Ilmu Hadis
Pengarang: Umar Muhammad Noor
Harga: RM38.00 ISBN: 978-967-461-832-2

 

Pada hari ini, ilmu hadis telah berusia kurang lebih 14 abad. Dalam rentang masa tersebut, ilmu ini mengalami fasa turun dan naik. Selepas mengalami masa-masa keemasan pada abad ke-3H/9M, ilmu hadis berada dalam masa kejumudan yang bermula pada abad ke-9H/16M hingga abad ke-13H/19M. Memasuki abad ke-14H/20M, para pengkaji mengamati tanda-tanda yang menunjukkan kebangkitan semula ilmu hadis. Dalam buku ini, penulis akan menjelaskan bagaimana kebangkitan tersebut berlaku dan apa sahaja faktor utama yang menyebabkannya. Penulis akan membawa pembaca meninjau pengajian hadis di India, Mesir, Syam, Saudi, dan Maghribi serta memperkenalkan tokoh-tokoh hadis semasa dan peranan mereka dalam membangkitkan semula perbahasan ilmu hadis. Kajian ini turut mengulas isu-isu terpenting tentang ilmu hadis yang diperdebatkan pada abad ke-14H/20M dan sebahagiannya terus menjadi polemik pada hari ini. Singkat kata, membaca buku ini akan memahamkan pembaca tentang apa yang berlaku dalam perbahasan ilmu hadis pada hari ini.

  • Hits: 291

PAUTAN LAIN
- USM
- MAPIM
- KPM
- PNM