Mengajar Anak Membaca Dengan Bahagia

 

Mengajar Anak Membaca Dengan Bahagia

Emdash Small ShoppingLogoPRESTOkecilLAZADAkecilPGMALLkecilSHOPEEkecil

Tajuk: Mengajar Anak Membaca Dengan Bahagia
Pengarang: Norzila Zakaria
Harga: RM28.00 ISBN: 978-967-461-835-3

Buku Mengajar Anak Membaca dengan Bahagia ditulis oleh Dr. Norzila Zakaria, seorang pakar psikiatri yang berpengalaman luas dalam bidang perkembangan kanak-kanak. Dalam buku ini, penulis membincangkan kepentingan aktiviti membaca dalam pendidikan awal kanak-kanak dan mengapa membaca perlu disepadukan dengan bermain, mengikut fitrah kanak-kanak.

Buku ini amat relevan untuk ibu bapa, guru, profesional perubatan, dan orang awam, kerana ia membantu memahami proses asas membaca, kaedah meningkatkan kemahiran membaca, dan membangunkan pemikiran kritis kanak-kanak. Penulis turut membincangkan peringkat kesediaan membaca kanak-kanak berdasarkan perkembangan kognitif dan psikososial termasuk isu berkaitan orang kurang upaya (OKU) pembelajaran.

Penulis berharap buku ini menjadi panduan berharga kepada ibu bapa dan guru untuk mencipta kaedah mengajar anak membaca dalam suasana yang membahagiakan.

  • Hits: 613

PAUTAN LAIN
- USM
- MAPIM
- KPM
- PNM


  • Last Modified:
    Thursday 22 August 2024, 01:18:30.