Kesediaan Pelaksanaan Undang-undang Jenayah Islam Di Malaysia

Jenayah

Emdash Small ShoppingLogoPRESTOkecilLAZADAkecilPGMALLkecilSHOPEEkecil

Title: Kesediaan Pelaksanaan Undang-undang Jenayah Islam Di Malaysia
Pengarang: Mohamed Sarbini, Jasni Sulong, Noriha Basir
Harga: RM39.00 ISBN: 978-967-461-862-9

Buku Kesediaan Pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Islam di Malaysia membincangkan tentang konsep kesediaan yang difahami secara teori dan praktis, seterusnya penilaian sejauh mana kewujudannya pada sesuatu masa. Buku ini mendedahkan pembaca terhadap kedudukan kesediaan negara dalam melaksanakan undang-undang jenayah Islam yang terdiri daripada hudud, qisas dan takzir yang mengandungi ketetapan hukuman mengikut kesalahan-kesalahan tertentu berdasarkan panduan al-Quran dan hadis.

Umum diketahui bahawa sebelum negara ini mencapai kemerdekaannya, telah wujud beberapa undang-undang negeri seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Pahang yang berteraskan peruntukan undang-undang Islam. Walau bagaimanapun, peruntukan dan pelaksanaannya telah diubah setelah kedatangan penjajah Inggeris dan perubahan tersebut berkekalan sehinggalah negara mencapai kemerdekaan. Meskipun negara kemudiaannya telah menubuhkan Mahkamah Kadi yang kini dikenali sebagai Mahkamah Syariah, namun peruntukan undang-undang jenayah Islam yang pernah diamalkan sebelum kemerdekaan tidak lagi dikanun dan dikuatkuasakan.

Usaha meningkatkan fasiliti perundangan dan kehakiman Islam terus diperkasakan melalui pembinaan bangunan mahkamah yang lebih besar dan penghasilan para pegawai yang terlatih serta barisan hakim yang berpengalaman. Namun, bidang kuasa yang diberikan dalam mendengar dan menjatuhkan hukuman berhubung jenayah Islam masih terhad. Justeru, buku ini akan membincangkan sejauh mana keadaan terkini dan perkembangan semasa memberikan gambaran sebenar terhadap kesediaan negara untuk melaksanakan undang-undang jenayah Islam. Perbincangan ini sudah semestinya merujuk kepada sumber-sumber hukum Islam demi mencapai keadilan yang dituntut oleh agama serta memenuhi maksud syarak.

  • Hits: 149

PAUTAN LAIN
- USM
- MAPIM
- KPM
- PNM