Isu-Isu dan Naratif Baharu Persejarahan Politik Malaysia

Isu Isu

Emdash Small ShoppingLogoPRESTOkecilLAZADAkecilPGMALLkecilSHOPEEkecil

Tajuk: Isu-Isu dan Naratif Baharu Persejarahan Politik Malaysia
Editor: Azmi Arifin
Harga: RM48.00 ISBN: 978-967-461-917-6

Buku ini merangkumkan perspektif baharu mengenai sejarah politik Malaysia, khususnya mengenai isu-isu yang muncul semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. Bab-bab yang disajikan dalam buku ini menyoroti polemik, perdebatan dan interpretasi baharu dalam sejarah Malaysia yang mencakupi semua aspek politik, sosial, agama dan ekonomi yang berlaku sebelum dan sesudah PRU ke-14. Aspek-aspek yang difokuskan ialah isu sejarah Malaysia yang menarik perhatian umum dan kemudian muncul sebagai perdebatan di media massa dan media sosial. Antara topik menarik yang dibahaskan dalam buku ini ialah perdebatan ideologi politik dan peranan media baharu, isu Melayu-sentris dalam sejarah Malaysia, peranan Hizbul Muslimin dalam perdebatan sejarah kemerdekaan, isu hubungan diplomatik Malaysia-Filipina dan Malaysia-China, serta isu etnik, agama, monarki dan pendidikan dalam politik di Malaysia. Buku ini sangat sesuai dibaca oleh ahli akademik, pengkaji, pendidik, pelajar universiti, peminat sejarah dan sesiapa sahaja yang tertarik untuk mempelajari dan mengetahui isu-isu utama yang mempengaruhi pentafsiran sejarah politik yang muncul pasca-PRU ke-14 di Malaysia.

  • Hits: 74

PAUTAN LAIN
- USM
- MAPIM
- KPM
- PNM


  • Last Modified:
    Wednesday 20 November 2024, 03:41:17.