Penerbit USM Menerima Kunjungan Lawatan Kerja Penerbit UPSI

LawatanUPSI

22 Mei 2015 (Jumaat), Pulau Pinang Penerbit Universiti Sains Malaysia (Penerbit USM) telah menerima kunjungan daripada Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris (Penerbit UPSI).

Kunjungan seharian ini dimulakan dengan ucapan aluan pengarah Tuan Haji Akhiar Salleh yang memberi latar belakang Penerbit USM dan di selang seli dengan sesi dialog bersama delegasi Penerbit UPSI. Penerbit UPSI juga menyatakan hasrat untuk mempelajari selok-belok pengurusan jurnal di Penerbit USM.

Antara yang dibincangkan adalah proses penerbitan buku dan jurnal di Penerbit USM dan juga sedikit sesi perkongsian pemasaran penerbitan elektronik daripada Penerbit USM oleh Encik Mohd Yusri Kamaruddin ketua bahagian pemasaran dan taman buku.

Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah daripada kedua belah pihak.

  • Hits: 881

PAUTAN LAIN
- USM
- MAPIM
- KPM
- PNM