Taklimat Jawatan Kuasa Sidang Pegarang Penerbit USM

JSP

9 Jun 2015 (Selasa), Penerbit USM telah mengadakan satu sesi taklimat kepada ahli-ahli Jawatan kuasa Sidang Pengarang (JSP) yang merangkumi selok-belok proses penerbitan yang diamalkan dalam pengurusan penerbitan di Penerbit USM. Pengarah Penerbit USM Tuan Haji Akhiar Salleh memberi taklimat kategori dan jenis penerbitan di Penerbit USM kepada 26 ahli-ahli jawatan kuasa yang hadir ke sesi taklimat ini. Turut dihadiri Ketua Sidang Pengarang Sastera Dato’ Seri Md. Salleh Yaapar dan Ketua Sidang Pengarang Sains Profesor Abdul Rahman.

Selain daripada itu, ahli-ahli jawatan kuasa juga diberi taklimat mengenai maklumat dan trend semasa pemasaran buku ilmiah yang disampaikan oleh Ketua Bahagian Pemasaran Encik Mohd Yusri Kamaruddin dan diikuti dengan sesi penerangan ringkas mengenai penerbitan elektronik daripada Cik Noriyanti Jahaya.

Ahli-ahli Jawatan Kuasa Sidang Pengarang turut memberi pandangan dan komen untuk penambahbaikan proses penerbitan Penerbit USM dan juga merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Penerbit USM di atas usaha penyebaran buku melalui penerbitan elektronik.

  • Hits: 1005

PAUTAN LAIN
- USM
- MAPIM
- KPM
- PNM