Bengkel “Workshop on e-Book Writing”

WorkshopEBook

Kubang Kerian, Kelantan, 20 Ogos 2015 – Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), USM telah menganjurkan bengkel “Workshop On e-Book Writing” yang mengambil tempat di Makmal Informatik Perubatan (CAI Lab). PPSP  telah menjemput dari Penerbit USM untuk memberi taklimat di bengkel tersebut.

Penerbit USM telah menghantar dua orang pegawai yang berpengalaman untuk menyampaikan taklimat. Sesi taklimat yang pertama adalah “Bagaimana Menyediakan Bahan Asas Yang Sesuai Untuk e-Book” telah disampaikan oleh Cik Noriyanti Jahaya, Pegawai Penerbitan di susuli dengan taklimat seterusnya “Bagaimana untuk Memastikan Kebolehpasan e-Book” yang disampaikan oleh Encik Mohd. Yusri Kamaruddin, Ketua Bahagian Pemasaran & Taman Buku.

Bengkel seumpama ini telah mendapat sambutan yang mengalakkan dengan di hadiri lebih kurang 70 orang peserta.

  • Hits: 981

PAUTAN LAIN
- USM
- MAPIM
- KPM
- PNM