Tiga jurnal terbitan Penerbit Universiti Sains Malaysia telah dipilih sebagai penerima Jurnal Taraf CREAM oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia

Bulletin of the Malaysian Mathematical Sciences Society, International Journal of Asia Pacific Studies dan Kajian Malaysia Penerima Ulung Skim Galakan Penerbitan Current Research in Malaysia (CREAM ) dari Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia

Tiga jurnal terbitan Penerbit Universiti Sains Malaysia telah dipilih sebagai penerima Jurnal Taraf CREAM oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.

Pemberian taraf CREAM kepada Bulletin of the Malaysian Mathematical Sciences Society (BMMSS),International Journal of Asia Pacific Studies(IJAPS)  dan Kajian Malaysia (KM) anugerah adalah sebagai galakan untuk membantu usaha meningkatkan kualiti penyelidikan dan penerbitan jurnal ilmiah di Malaysia.

BMMSS adalah salah satu jurnal daripada dua penerima di bawah bidang Sains, Teknologi dan Perubatan yang diindeks di dalam Web of Science manakala  IJAPS dan Kajian Malaysia merupakan dua daripada tiga jurnal yang menerima untuk bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan yang diindeks di dalam Scopus.

Majlis penyampaian Jurnal Taraf CREAM  telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi di Aseania Resort, Langkawi pada 3 September 2015.

Penerbit Universiti Sains Malaysia  amat berbesar hati dengan pengiktirafan ini. Pemberian anugerah ini merupakan suatu penanda aras dan pencapaian baru yang akan meningkatkan lagi komitmen untuk menghasilkan penerbitan ilmiah yang berwibawa.

  • Hits: 1133

PAUTAN LAIN
- USM
- MAPIM
- KPM
- PNM