Taklimat Penerbitan Buku di Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan

Taklimat Penerbitan Buku di Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan

USM, 4 Februari 2020 – Penerbit USM telah dijemput untuk menyampaikan taklimat penerbitan buku dalam program Book Series Project 2020-2021 yang berlangsung di Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan pada jam 9 pagi sehingga 12 tengah hari. Taklimat tersebut disampaikan oleh Perancang Bahasa Kanan Penerbit USM, iaitu Puan Alimie Liman. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pensyarah tentang prosedur penerbitan buku dan penghasilan manuskrip yang baik untuk diterbitkan oleh Penerbit USM.

Program ini dihadiri oleh pensyarah daripada pelbagai bahagian di Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan yang terlibat dalam pengajaran subjek bahasa asing dan terjemahan.

“Penulis dapat merancang penulisan buku dan menghasilkan manuskrip yang lebih baik apabila mengetahui proses dan perkara yang perlu dititikberatkan dalam penulisan”, kata Puan Alimie.

Melalui program ini, pihak pusat pengajian dapat merangka strategi untuk meningkatkan penerbitan dalam bidang bahasa dan terjemahan bagi tahun 2020-2021. Di samping itu, penulis dapat merancang tempoh penulisan untuk mencapai sasaran penerbitan yang ditetapkan.

Penerbit USM juga berharap dapat bekerjasama dengan pusat-pusat pengajian lain untuk memberi pendedahan awal dan bimbingan terutamanya kepada pensyarah baharu dan bakal penulis dalam penulisan dan penerbitan buku oleh Penerbit USM. Aktiviti sebegini merupakan antara inisiatif Penerbit USM untuk menggalakkan penerbitan buku terutamanya dalam kalangan pensyarah USM.

DSC 4591small 

DSC 4609small

Teks: Alimie Liman
Gambar: Ahmad Fitri Ramli

  • Hits: 816

PAUTAN LAIN
- USM
- MAPIM
- KPM
- PNM