
.


Keunggulan al-Tibb al-Nabawi: Perspektif Sains
Buku Keunggulan al-Tibb al-Nabawi: Perspektif Sains adalah sebuah penulisan gabungan kesepakatan tiga orang penulis yang terlibat langsung dalam penyelidikan dan pengalaman amalan pengubatan Islam.
Perbincangan dalam buku ini dibahagikan kepada lima bab utama yang penting yang secara langsung berkaitan dengan rawatan penyakit dan pencegahannya melalui kerangka al-Tibb al-Nabawi atau disebutkan juga pendekatan rawatan berasaskan petunjuk Nabawi.
Menarik lagi, perbincangan tidak hanya berkisar tentang teori yang difahami daripada perbincangan melalui nas al-Quran, hadis dan amalan setempat sahaja, tetapi turut dihubungkan perbincangan dengan penyelidikan semasa berasaskan kajian pembuktian saintifik.
Buku ini menyajikan suatu perbahasan baharu yang berkaitan penemuan keberadaan jin dan kesan ruqyah (bacaan ayat al-Quran atau doa daripada hadis) terhadapnya. Pada masa yang sama juga menjelaskan beberapa tip penting dalam penjagaan kesihatan diri melalui amalan pemakanan dan amalan pencegahan daripada gangguan penyakit.
Buku ini dapat difahami bagaimana petunjuk Nabawi menjelaskan aspek penting dalam pencegahan dan kawalan diri daripada terkena penyakit. Sama ada penyakit fizikal ataupun rohani termasuk gangguan jin dan syaitan.
Buku ini boleh dijadikan sebagai rujukan penting dalam kursus yang berkaitan amalan pengubatan Islam dan kursus-kursus ditawarkan di institut pengajian tinggi Malaysia. Semoga usaha yang dilakukan ini dapat dimanfaatkan oleh semua anggota masyarakat.

MODUL AL-FAIZIN PENDIDIKAN ISLAM SPM 1223/1
MODUL AL-FAIZIN PENDIDIKAN ISLAM SPM 1223/1 merupakan koleksi rujukan tambahan yang komprehensif, mengandungi himpunan contoh soalan dan jawapan berkaitan subjek Pendidikan Islam. Kandungannya selaras dengan sukatan pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 serta mematuhi Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Modul ini menyediakan contoh soalan dan jawapan yang dirangka berdasarkan setiap topik dalam buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Tujuannya adalah untuk membantu pelajar menguasai fakta secara mendalam bagi setiap tajuk yang dipelajari. Dengan pemahaman yang lebih komprehensif, pelajar akan lebih peka terhadap kehendak soalan, sekali gus dapat mengenal pasti isi kandungan buku teks yang penting dan relevan untuk menjawab soalan yang dikemukakan dengan tepat. Pendedahan kepada pelbagai bentuk dan jenis soalan akan meningkatkan keyakinan pelajar dalam menjawab soalan peperiksaan dengan lebih berkesan. Perlu ditekankan bahawa ini BUKAN buku latihan, tetapi merupakan rujukan tambahan yang menekankan isi-isi penting dalam buku teks yang berpotensi muncul dalam peperiksaan. Selain itu, modul ini turut menyokong objektif KSSM untuk melahirkan murid yang mampu mengintegrasikan ilmu serta mengaplikasikannya dalam kehidupan. Ciri-ciri ini menjadikan modul ini mesra pengguna, mudah diakses, dan difahami. Ia sesuai dimanfaatkan sebagai sumber rujukan untuk pelajar dan alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi pendidik di institusi pendidikan. Insya-Allah, modul ini akan membantu pelajar dalam persiapan menghadapi peperiksaan, khususnya bagi calon yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).