Penilaian Teknikal
Apabila borang cadangan untuk menerbitkan buku berserta manuskrip lengkap diterima, penilaian teknikal akan dibuat oleh Penerbit USM sebelum manuskrip sesuai untuk dinilai oleh pakar bidang (penilaian akademik). Aspek yang dinilai adalah seperti yang berikut:
· Kesesuaian persembahan dengan kategori penerbitan yang dipohon
· Pengembangan dan penyusunan idea
· Etika penulisan
· Keselarasan
· Bahasa
· Rajah/jadual
Sekiranya manuskrip masih belum memenuhi keperluan dari segi aspek teknikal di atas, manuskrip akan dikembalikan kepada pengarang untuk proses penambahbaikan.
Penilaian Akademik
Setelah penilaian teknikal dibuat dan judul diluluskan secara dasar dalam Mesyuarat Jawatankuasa Sidang Pengarang Sains/Sastera, Penerbit USM akan menguruskan penilaian manuskrip untuk kategori penerbitan yang berikut:
· Kecetakan Akademik
· Ilmiah Popular
· Monograf
· Kreatif
· Karya Terjemahan – Pusat Pengajian meluluskan judul yang dicadangkan untuk diterjemah; Penerbit USM menguruskan penilaian
· Buku Teks Universiti
Pihak lain yang berkenaan (pusat pengajian/pengarang/sekretariat) menguruskan penilaian untuk kategori penerbitan yang berikut:
· Buku teks pusat pengajian (diuruskan oleh Jawatankuasa Penerbitan Pusat Pengajian)
· Penerbitan khas (diuruskan oleh pengarang/sekretariat)
Penilaian akademik dilakukan oleh sekurang-kurangnya dua orang pakar bidang dan mengambil masa 2-3 bulan. Hasil penilaian akademik berserta maklum balas pengarang terhadap laporan penilaian akademik akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Sidang Pengarang Sains/Sastera untuk menentukan kelulusan judul tersebut untuk diterbitkan.