ROYALTI
Pembayaran royalti kepada pengarang adalah bagi kategori penerbitan berikut:
1. Kecetakan Akademik
2. Ilmiah popular
3. Monograf
4. Buku teks universiti
5. Buku Teks Pusat Pengajian
Kadar dan Pembayaran Royalti
Royalti dikira berdasarkan pendapatan bersih jualan pada kadar berikut:
15% x pendapatan bersih jualan (bagi jualan hingga 1,000 naskhah)
20% x pendapatan bersih jualan (bagi jualan ke 1,001 naskhah dan lebih)
Buku bercetak:
Pendapatan bersih jualan = (harga runcit – purata diskaun – kos penghantaran) x bilangan naskhah terjual
Buku elektronik:
Pendapatan bersih jualan = pendapatan jualan yang diterima daripada ejen jualan buku elektronik
Pembayaran royalti akan dilakukan setahun selepas buku diterbitkan, dan apabila jumlah royalti terkumpul mencecah RM100.00 bagi pengarang tempatan atau USD50.00 bagi pengarang dari luar negara. Sekiranya jumlah royalti terkumpul belum mencecah RM100.00 bagi pengarang tempatan atau USD50 bagi pengarang dari luar negara, amaun tersebut akan dibawa ke tahun berikutnya. Pengarang akan dimaklumkan jumlah royalti terkumpul melalui emel dan surat ke alamat yang diberikan secara tahunan hingga tahun ketujuh penerbitan. Sepanjang tempoh ini, pengarang bertanggungjawab memaklumkan pihak Universiti (Penerbit USM) sekiranya ada sebarang perubahan berkaitan alamat emel dan surat menyurat.
Pembahagian Royalti
Pembahagian royalti pula bergantung kepada jumlah pengarang, persetujuan pengarang tentang kadar pembahagian dan jenis buku (buku suntingan/bukan suntingan).
1. Buku suntingan
· Editor akademik: 25% royalti (syer yang sama ATAU atas persetujuan sesama editor)
· Penyumbang: 75% royalti (dibahagikan berdasarkan bilangan bab dalam buku)
2. Buku bukan suntingan (yang ditulis oleh seorang atau sekumpulan pengarang):
· Kadar yang sama rata untuk semua pengarang
· Kadar yang berbeza atas persetujuan sesama pengarang
Tanggungjawab Editor/Pengarang
Bagi memudahkan proses pembayaran royalti, editor/pengarang bertanggungjawab untuk:
1. Memaklumkan kadar pembahagian royalti yang dipersetujui sesama editor/pengarang kepada Penerbit USM
2. Mengemas kini butiran perhubungan (alamat pos, nombor telefon, e-mel dan salinan penyata/buku akaun bank)
3. Melengkapkan Borang Maklumat Pembayaran (editor/pengarang bukan staf USM)
Penerbit USM tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau kesilapan pembayaran royalti yang disebabkan oleh kecuaian editor/pengarang.