• Utama
  • Pengarang
  • Terbit Buku
  • Penyerahan Manuskrip

Penyerahan Manuskrip

 

Manuskrip tidak wajib disertakan semasa menghantar borang cadangan untuk menerbitkan buku. Namun begitu, sekiranya manuskrip sudah sedia, penghantaran manuskrip boleh mempercepatkan proses kelulusan. Untuk memudahkan proses semakan awal dan penilaian, pengarang diminta untuk menyerahkan manuskrip (bercetak atau digital) dalam format yang berikut:

1. Jenis dan saiz fon: Times New Roman, 11 atau 12 pt

2. Muka surat dinomborkan dari mula hingga akhir

3. Berjarak ganda dua (termasuk nota, rujukan/bibliografi dan kapsyen rajah/jadual)

4. Margin 1 inci di keliling muka surat (kiri/kanan/atas/bawah)

5. Cetakan dibuat pada sebelah muka surat kertas A4 berwarna putih (untuk penyerahan manuskrip bercetak sahaja)

6. CD (jika ada) dilabelkan dengan nama pengarang, tajuk manuskrip, perisian dan jenis fon yang digunakan (untuk penyerahan manuskrip bercetak sahaja)

7. Keizinan bertulis (jika ada) daripada pemegang hak cipta atau pemilik asal untuk menerbitkan semula bahan dan perakuan (credit lines) dilampirkan (contohnya rajah, jadual dan petikan)

8. Catatan khusus untuk bahan yang diserahkan (jika ada): penggunaan perisian atau fon khas

9. Senarai masukan indeks

10. Blurb dan biodata ringkas pengarang

Elemen umum yang perlu ada dalam manuskrip

1. Bahagian awalan:

Muka surat tajuk Muka surat kandungan Prakata

2. Teks:

Pengenalan Bab-bab Penutup

3.Bahagian akhiran:

Lampiran Nota (kecuali karya suntingan, iaitu di akhir bab) Glosari Rujukan Indeks

4. Kulit buku:

Maklumat ringkas pengarang

Blurb

Spesifikasi Rajah dan Jadual

Rajah dan jadual merupakan elemen yang ada dalam hampir setiap manuskrip. Oleh sebab itu, untuk memudahkan penyuntingan dan penghasilan rajah dan jadual yang sesuai untuk penerbitan, sila rujuk spesifikasi yang berikut:

1. Saiz: 4.5 inci panjang x 7 inci lebar (pandangan menegak); 7 inci panjang x 4.5 inci lebar (pandangan melintang)

2. Rajah/jadual diasingkan daripada teks, dirujuk dan ditanda kedudukannya pada teks

3. Resolusi: sekurang-kurangnya 300 dpi

4. Rajah/jadual diserahkan dalam bentuk fail asal yang boleh disunting (format jpeg/png)

5. Rajah/jadual disertakan nombor dan kapsyen yang sesuai

6. Rajah/jadual disertakan sumber lengkap sekiranya dipetik daripada sumber/penerbitan lain

Panduan Gaya Umum

Penerbit USM tidak menetapkan panduan gaya khusus yang wajib digunakan dalam penulisan dan penyuntingan manuskrip. Namun begitu, pengarang boleh merujuk Guide for Authors atau The Chicago Manual of Style yang menjadi panduan umum Penerbit USM.

Gaya lain (MLA, APA, AMA, CSE) juga boleh digunakan mengikut kesesuaian bidang masing-masing. Jika pengarang menggunakan gaya lain yang khusus, sila sertakan salinan panduan gaya untuk memudahkan proses penyuntingan manuskrip kelak. Pengarang juga perlu memastikan keselarasan bahasa, ejaan, tanda baca, penomboran dan sebagainya untuk keseluruhan manuskrip.

Penyerahan Dokumen Pengarang

Pengarang juga diminta untuk menyerahkan maklumat peribadi, iaitu salinan kad pengenalan, alamat perhubungan terkini dan foto pengarang semasa menyerahkan manuskrip untuk memudahkan pemprosesan permohonan.