Bujang Terlajak Fenomena Kahwin Lewat dalam kalangan Wanita di Malaysia

 Bujang Terlajak Web

Emdash Small ShoppingLogo PRESTOkecil LAZADAkecil PGMALLkecil SHOPEEkecil

Tajuk: Fenomena Kahwin Lewat dalam kalangan Wanita di Malaysia
Pengarang: Suresh Kumar N Vellymalay & Noridawati Awang
Harga: RM32.00 ISBN: 978-967-461-619-9

Perkahwinan merupakan asas kepada pembentukan dan pengukuhan keluarga. Ia menentukan pembentukan keluarga dan penghasilan jurai keturunan yang sah selain memastikan agar kehidupan manusia tidak pupus di muka bumi. Namun demikian, tidak semestinya setiap individu yang mencapai tahap usia berkahwin melangkah ke gerbang perkahwinan tepat pada waktunya. Terdapat juga yang mempunyai keinginan untuk berkahwin lewat dan memilih untuk berbuat demikian. Dalam konteks wanita masa kini, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada tingkah laku kahwin lewat. Pemodenan dan urbanisasi yang memangkin pembangunan negara, kemajuan yang dikecapi oleh golongan wanita dalam aspek pendidikan dan kerjaya, serta perubahan sosial masa kini amat mempengaruhi fenomena kahwin lewat. Di sini timbul persoalan; adakah tingkah laku berkahwin lewat berpunca daripada niat tidak mahu berkahwin awal pada usia perkahwinan atau wujudkah pelbagai kekangan yang menghambat mereka daripada berkahwin? Buku ini meneroka cabaran yang dihadapi golongan ini, mendalami faktor-faktor yang mendorong mereka ke arah cara hidup yang dipilih, serta menyelami usaha yang dapat dilakukan untuk mengelakkan fenomena kahwin lewat.

  • Hits: 1056

PAUTAN LAIN
- USM
- MAPIM
- KPM
- PNM