Kesultanan Melayu Melaka: Warisan, Tradisi Dan Persejarahan

Kesultanan Melaka

Emdash Small ShoppingLogo PRESTOkecil LAZADAkecil PGMALLkecil SHOPEEkecil

Tajuk: Kesultanan Melayu Melaka: Warisan, Tradisi Dan Persejarahan
Editor: Azmi Arifin, Abdul Rahman Haji Ismail, Abu Talib Ahmad
Harga: RM46.00 ISBN: 978-967-461-605-2

Buku ini menghimpunkan makalah-makalah yang menyentuh tentang sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Perbincangannya meliputi isu politik, pemerintahan dan kepimpinan, sifat masyarakat, kegiatan ekonomi dan perdagangan, hubungan diplomatik mahupun pergolakan dan peperangan yang pernah dilalui dalam liku-liku sejarah jatuh bangunnya kerajaan Melaka yang cukup terkenal. Selain itu, makalah-makalah dalam buku ini turut menyentuh tentang aspek historiografi sejarah Melaka dan tinggalan peradabannya yang diwariskan hingga ke hari ini. Penyumbang-penyumbang makalah merupakan ahli sejarah, penyelidik, pakar dan pengkaji yang terkenal dalam bidang masing-masing. Setiap penyumbang cuba memberikan atau meneroka suatu perspektif baharu tentang beberapa sudut sejarah Kesultanan Melayu Melaka yang mungkin sudah dibicarakan tetapi perlu ditafsirkan semula, atau isu-isu yang tidak pernah ditimbulkan atau dibincangkan oleh pengkaji sejarah sebelum ini. Pandangan mereka disokong oleh hujah-hujah dan penemuan bukti-bukti terbaharu yang memungkinkan sejarah Melaka dapat diberi suatu tafsiran semula yang lebih mantap dan segar. Buku ini amat sesuai digunakan sebagai bahan bacaan dan rujukan bagi para pelajar, pendidik, pengkaji sejarah, ahli politik dan sesiapa sahaja yang berminat mendalami sejarah tradisi, warisan dan perjuangan bangsa Melayu sejak zaman awal.

 

  • Hits: 868

PAUTAN LAIN
- USM
- MAPIM
- KPM
- PNM