Sirap Limau Ais: Memoir Seorang Pentadbir

sirap limau

Emdash Small ShoppingLogoPRESTOkecilLAZADAkecilPGMALLkecilSHOPEEkecil

Tajuk: Sirap Limau Ais: Memoir Seorang Pentadbir
Pengarang: Musa Ali
Harga: RM35.00 ISBN: 978-967-461-655-7

Gaya penulisan yang santai dan mudah difahami tetapi sarat dengan mesej. Kegigihan penulis menjalinkan kerjasama strategik dengan beberapa agensi terkenal luar negara bukan sahaja amat menarik tetapi berguna untuk diteladani.
Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan
Pro-Canselor, Universiti Sains Malaysia (USM)
(Mantan Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi)

Perubahan dan cabaran pasti wujud dalam mengharungi kerjaya sebagai pentadbir dan ia menuntut persediaan yang jitu. Buku ini adalah perkongsian pengalaman peribadi yang sarat dengan ilmu dan boleh dijadikan rujukan sebagai bekalan segenap lapisan pentadbir.
Dr. Zarina Abdul Hamid
Ketua Pengarah, Jabatan Pembangunan Wanita
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Penulisan ini merupakan naratif yang jujur tentang cabaran dan bagaimana mencipta pengalaman sebenar sebagai pentadbir yang berjaya ke puncak. Perkongsian pengalaman yang amat berguna untuk rujukan oleh pentadbir lain.
Dato’ Muhammad Haizuan Rozali
Pendaftar, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)


Dr. Musa Ali berpengalaman lebih 31 tahun sebagai pentadbir. Pada masa kini beliau ialah Pendaftar USM. Beliau juga ialah pengasas dan Pengarah, Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PIPPA), USM. Melalui PIPPA, beliau telah berjaya menjalinkan kerjasama strategik dengan pelbagai agensi antarabangsa termasuk di Jepun, Amerika Syarikat dan benua Eropah. Beliau sering dijemput memberi ceramah dan sebagai perunding dalam bidang kepakarannya. Di samping bertugas sebagai pentadbir, beliau juga aktif menulis. Salah satu buku tulisannya, Transformasi Organisasi: Konsep dan Teknik Pelaksanaan telah diterjemah ke tiga bahasa iaitu bahasa Inggeris, Arab dan Jepun.