Modul Aktiviti Fizikal Harian untuk Perkembangan Murid dengan Autisme

Autisme

Emdash Small ShoppingLogoPRESTOkecilLAZADAkecilPGMALLkecilSHOPEEkecil

Tajuk: Modul Aktiviti Fizikal Harian untuk Perkembangan Murid dengan Autisme
Pengarang: Chandramogan Ramaiah
Harga: RM48.00 ISBN: 978-967-461-641-0

Buku ini diilham dan disusun berdasarkan kepakaran dan pengalaman penulis dalam bidang ini. Kandungannya memperkenalkan pelbagai aktiviti fizikal harian (AFH) khususnya bagi murid dengan autisme. AFH ini digunakan untuk membangunkan aspek-aspek sosial, komunikasi, intelek, pengawalan emosi, peningkatan prestasi dan kesihatan fizikal murid dengan autisme. Ia meliputi aktiviti-aktiviti fizikal berbentuk kecergasan dan kecerdasan, sukan dan permainan, pengajaran dan pembelajaran, serta kemahiran. Selain itu. AFH merupakan suatu pendekatan untuk meningkatkan potensi murid dengan autisme dalam pelbagai aspek agar mereka dapat menjalani kehidupan harian dengan sempurna. Buku ini dapat dijadikan panduan oleh guru, ibu bapa, penjaga dan masyarakat umum dalam melaksanakan pelbagai bentuk aktiviti fizikal untuk perkembangan murid dengan autisme dari pelbagai aspek. Di samping itu, buku ini juga merupakan sumber rujukan untuk pembaca mengendalikan aktiviti fizikal yang memfokuskan aspek kecerdasan fizikal murid dengan autisme sama ada di dalam mahupun di luar sekolah.

Chandramogan Ramaiah merupakan seorang pensyarah pendidikan khas di Maktab Perguruan Darul Aman, Jitra, Kedah dan berpengalaman mengajar murid-murid pelbagai keperluan seperti murid dengan autisme, sindrom Down, lembam, kecacatan fizikal minimum, kecelaruan hiperaktif kurang daya tumpuan, disleksia dan ketidakseimbangan emosi. Penulisan buku ini merupakan hasil daripada kajian kedoktoran beliau dalam bidang pendidikan khas di Universiti Sains Malaysia. Selain menerbitkan beberapa artikel, monograf dan jurnal berkaitan pendidikan khas khususnya berkenaan dengan autisme, beliau juga aktif dalam kerja-kerja sosial dan turut memberi bimbingan serta kaunseling khususnya kepada ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya.

  • Hits: 15

PAUTAN LAIN
- USM
- MAPIM
- KPM
- PNM