COVID-19 Impak Kesihatan dan Norma Baharu Kehidupan

COVID

Emdash Small ShoppingLogoPRESTOkecilLAZADAkecilPGMALLkecilSHOPEEkecil

Tajuk: COVID-19 Impak Kesihatan dan Norma Baharu Kehidupan
Pengarang: Azidah Abdul Kadir, Ruzilawati Abu Bakar, Wan faiziah Wan Abdul Rahman
Harga: RM47.00 ISBN: 978-967-461-690-8

COVID-19 ternyata mencetuskan fenomena baharu dalam atmosfera kehidupan setiap manusia. Kemunculannya yang tanpa diduga pada penghujung tahun 2019 memberi impak secara holistik dalam semua aspek kehidupan. Aspek kesihatan adalah antara yang paling terkesan sehingga tercetus norma baharu kehidupan yang menuntut perubahan cara hidup di luar norma kebiasaan. Meskipun vaksin telah ditemui dan status pandemik beralih kepada endemik, namun ia bukanlah pengakhiran sebuah cerita COVID-19 kerana masih banyak misteri yang perlu dirungkai dan dikongsi.

Justeru, ahli akademik dan pakar perubatan barisan hadapan bergabung kepakaran dalam bentuk penulisan dengan mengupas pelbagai isu menarik yang jarang ditemui dalam media arus perdana. Bagaimanakah golongan barisan hadapan menangani pandemik COVID-19 dalam perkhidmatan perubatan kecemasan, primer dan pergigian? Mengapakah COVID-19 menjadi begitu dahsyat apabila menjangkiti golongan berisiko? Apakah kesan kesihatan lain dalam kehidupan rentetan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan? Semua persoalan ini dirungkaikan dalam buku ini. Bermula daripada bab pertama hingga bab terakhir, ia padat dengan maklumat! Selamat membaca.

  • Hits: 15

PAUTAN LAIN
- USM
- MAPIM
- KPM
- PNM