Sesayup Jalan

Sesayup Jalan

Emdash Small ShoppingLogoPRESTOkecilLAZADAkecilPGMALLkecilSHOPEEkecil

Tajuk: Sesayup Jalan
Pengarang: Sasterawan Negara Zurinah Hassan
Harga: RM20.00 

Sesayup Jalan merupakan kumpulan puisi yang ditulis dari 1967 hingga 1973. Koleksi ini merupakan karya pertama yang dihasilkan oleh pemuisi wanita pertama yang terbit di Malaysia. Penulis merupakan sasterawan wanita Malaysia pertama yang menerima Anugerah Sastera Negara yang membawa gelaran Sasterawan Negara pada tahun 2016. Di samping itu, Sesayup Jalan adalah penerbitan pertama Penerbit Universiti Sains Malaysia pada tahun 1974.

Kumpulan puisi ini diterbitkan pada tahun 1974 ketika penyair masih bergelar pelajar di bumi Minden. Sesayup Jalan ini bukan sahaja mengabadikan kenangan keindahan kampus yang penuh inspirasi, malah menceritakan tentang pencarian dan keresahan seorang anak muda terhadap alam dan kehidupan di tanah airnya. Penerbitan semula kumpulan puisi ini dengan diberi nafas baharu, merupakan hadiah istimewa penulis buat semua.

  • Hits: 307

PAUTAN LAIN
- USM
- MAPIM
- KPM
- PNM