Prinsip-prinsip Glikobiologi

Glikobiologi

Emdash Small ShoppingLogoPRESTOkecilLAZADAkecilPGMALLkecilSHOPEEkecil

Tajuk: Prinsip-prinsip Glikobiologi
Pengarang: Mohd Nazri Ismail, Nur Syafiqah Mohd Afandi
Harga: RM54.00 ISBN: 978-967-461-700-4

Tahukah anda bahawa kumpulan darah iaitu A, B, AB atau O hanya dibezakan oleh struktur karbohidrat yang terdapat pada permukaan sel darah merah? Hal inilah yang dirungkai dalam kajian glikobiologi. 

Glikobiologi merupakan nama yang mungkin masih asing, namun bidang kajian ini sebenarnya melibatkan pelbagai isu bioperubatan yang sering kita dengar.  Contohnya isu yang melibatkan jenis kumpulan darah, infeksi COVID-19 dan kanser. Glikobiologi merupakan cabang bidang sains yang mengkaji karbohidrat yang juga dikenali sebagai oligosakarida atau glikan. Antara topik yang dibincangkan dalam buku ini ialah konsep asas glikobiologi, proses glikosilasi, antigen glikan, analisis glikomik dan glikoproteomik, model haiwan penyelidikan dan perkaitan glikan dengan penyakit. Melalui pendedahan di dalam buku ini, mudah-mudahan para pembaca dapat menghargai kepelbagaian struktur biologi dan kepentingan fungsi glikan dalam kesihatan tubuh badan.   

  • Hits: 592

PAUTAN LAIN
- USM
- MAPIM
- KPM
- PNM


  • Last Modified:
    Thursday 22 August 2024, 01:18:30.