Modul NURUL: Panduan Pembelajaran Komprehensif dan Intensif untuk Mengauasi Instrumen

Nurul

Emdash Small ShoppingLogoPRESTOkecilLAZADAkecilPGMALLkecilSHOPEEkecil

Tajuk: Modul NURUL: Panduan Pembelajaran Komprehensif dan Intensif untuk Mengauasi Instrumen
Pengarang: Garry Kuan, Kueh Yee Cheng, Vincent Tee Wei Shen, Kang Yi Qi
Harga: RM30.00 ISBN: 978-967-461-728-8

Buku ini merupakan hasil penulisan gabungan penulis yang berpengalaman dan berminat untuk mengajar dan mendidik pembaca dalam permainan biola.

Idea penulisan buku ini diilhamkan daripada kisah seorang pesakit neuroblastoma (kanser otak) yang bernama Nurul Islah, iaitu seorang pejuang kanser yang mempunyai hasrat untuk belajar dan menguasai teknik permainan biola.

Buku ini juga ditulis khas untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk belajar bermain biola dengan cara yang mudah dan cepat. Lagu-lagu yang disediakan di dalam buku ini terdiri daripada lagu-lagu Melayu tradisional, lagu-lagu yang biasa dinyanyikan di taska serta lagu pop Korea yang hangat dinyanyikan oleh generasi muda.

Ilustrasi tentang cara-cara bermain biola yang diselitkan di dalam buku ini memudahkan lagi pembaca mempelajari permainan biola. Proses pembelajaran pemainan biola secara mudah dan cepat ini mampu memupuk minat pembaca untuk mendalami teknik pemainan alat muzik ini.

  • Hits: 826

PAUTAN LAIN
- USM
- MAPIM
- KPM
- PNM


  • Last Modified:
    Wednesday 20 November 2024, 03:41:17.