Angah: Anah Autisme

angah

Emdash Small ShoppingLogoPRESTOkecilLAZADAkecilPGMALLkecilSHOPEEkecil

Tajuk: Angah: Anak Autisme
Pengarang: Membunga@Siti Meriam Yaacob
Harga: RM36.00 ISBN: 978-967-461-874-2

Autisme merupakan gangguan perkembangan saraf. la mempengaruhi daya seseorang kanak-kanak dalam aspek komunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku dengan yang lain. Kanak-kanak autisme dilihat berada dalam dunia mereka sendiri. Lantaran itu, masyarakat perlu diberi maklumat sepenuhnya bahawa terdapat segelintir daripada kita dianugerahkan dengan anak-anak syukur ini. Sekiranya masyarakat dapat menerima golongan ini dengan hati yang terbuka, peluang anak-anak ini untuk berjaya bukan mustahil. Dengan bahasa yang santai dan bersahaja, penulis cuba berkongsi pengalaman suka dan duka kisah anaknya, Angah yang merupakan anak dengan autisme. Kisah kejayaan Angah menggenggam segulung ijazah dari Universiti Sains Malaysia tentunya boleh memberi inspirasi dan aspirasi kepada anak-anak austime yang lain. Di samping itu, nukilan penulis dalam buku juga memberi kefahaman yang lebih kepada semua lapisan masyarakat khususnya ibu bapa intervensi yang berterusan mampu membantu perkembangan kanak-kanak berspektrum autisme.

  • Hits: 29

PAUTAN LAIN
- USM
- MAPIM
- KPM
- PNM


  • Last Modified:
    Wednesday 20 November 2024, 03:41:17.