Terapi Kognitif Tingkah Laku: Konsep & Aplikasi

terapi kognitif

Emdash Small ShoppingLogoPRESTOkecilLAZADAkecilPGMALLkecilSHOPEEkecil

Tajuk: Terapi Kognitif Tingkah Laku: Konsep & Aplikasi
Pengarang: Nor Shafrin Ahmad, Ahmad Amin Mohamad Sulaiman
Harga: RM39.00 ISBN: 978-967-461-883-4

Buku Terapi Kognitif Tingkah Laku: Konsep dan Aplikasi dihasilkan dengan hasrat untuk mengembangkan kefahaman yang lebih mendalam dari segi teori dan praktik khususnya terhadap salah satu pendekatan kaunseling yang paling progresif masa kini, iaitu terapi kognitif tingkah laku (CBT). Sebagai suatu pendekatan berteraskan pembuktian, CBT menawarkan bentuk rawatan dan intervensi yang sesuai digunakan terhadap pelbagai kategori klien dan dalam pelbagai persekitaran amalan. Bagi kaunselor pelatih, buku ini akan melengkapkan kefahaman melangkaui kebanyakan buku rujukan lain memandangkan belum ada buku seumpamanya dalam bahasa Melayu mengkhusus tentang CBT. Bagi pengamal kaunseling pula, buku ini memberikan perspektif baharu tentang pendekatan kognitif dan tingkah laku serta menunjukkan kemampuan CBT untuk bersifat fleksibel dan dinamik sesuai dengan perubahan drastik yang berlaku sejak kebelakangan ini. Bagi pembaca umum, buku ini berupaya meningkatkan kefahaman tentang hubung kait antara pemikiran, tindakan dan emosi serta kesannya kepada individu. Selain penerangan terperinci tentang latar belakang, konsep, teori dan struktur rawatan, buku ini juga menyajikan cara pelaksanaan CBT dalam pengendalian beberapa isu yang paling kerap dialami, iaitu kemarahan, keresahan dan kemurungan. Aplikasi CBT dalam intervensi krisis turut disajikan bagi memenuhi beberapa perubahan mendadak yang berlaku sejak kebelakangan ini. Sama ada pembaca adalah pengamal CBT atau tidak, buku ini tetap menjadi sumber yang bernilai dalam mempertingkatkan kompetensi sebagai profesional dalam bidang kaunseling.

  • Hits: 60

PAUTAN LAIN
- USM
- MAPIM
- KPM
- PNM


  • Last Modified:
    Wednesday 20 November 2024, 03:41:17.