Perbandingan Tatabahasa dan Peribahasa Bahasa China-Bahasa Melayu
Tajuk: Perbandingan Tatabahasa dan Peribahasa Bahasa China-Bahasa Melayu
Editor: Goh Sang Seong, Shao Ying
Harga: RM39.00 ISBN: 978-967-461-921-3
Interaksi antara bahasa China dan bahasa Melayu sudah bermula sejak 600 tahun dahulu melalui pelbagai aktiviti terjemahan, ekonomi dan politik. Oleh itu, Perbandingan Tatabahasa dan Peribahasa Bahasa China-Bahasa Melayu cuba memperlihatkan persamaan dan perbezaan struktur bahasa dan perlambangan budaya antara kedua-dua bahasa ini bagi merancakkan lagi perhubungan antara bahasa. Beberapa aspek tatabahasa pada peringkat morfologi serta ciri-ciri dan lambang-lambang peribahasa bahasa China-bahasa Melayu menjadi pokok perbincangan dalam buku ini. Melalui analisis dan kupasan dalam buku ini, pembaca akan mendapat gambaran yang lebih menyeluruh dan tuntas tentang selok-belok tatabahasa dan peribahasa bahasa China-bahasa Melayu sekali gus memudahkan kerja-kerja penterjemahan dan silang budaya.
- Hits: 37