Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar China
Tajuk: Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar China
Editor: Goh Sang Seong, Su Yingying
Harga: RM38.00 ISBN: 978-967-461-919-0
Kebangkitan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa di negara China terbukti melalui penawaran program pengajian bahasa Melayu pada peringkat ijazah sarjana muda di belasan institusi pengajian tinggi China. Hal ini menyaksikan keperluan penyusunan rangka kurikulum yang teratur, berdaya saing serta lestari. Sehubungan dengan itu, bab-bab dalam buku ini memberikan satu gambaran yang menyeluruh tentang sistem pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing dalam kalangan pelajar China bermula daripada perancangan dan pembangunan kurikulum, silibus dan buku teks bahasa Melayu di China, serta pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran daripada pelbagai input.
- Hits: 53