Aplikasi Penapaian dalam Makanan Tradisional Masyarakat Melayu, Cina dan India di Malaysia

Penapaian

Emdash Small ShoppingLogoPRESTOkecilLAZADAkecilPGMALLkecilSHOPEEkecil

Tajuk: Aplikasi Penapaian dalam Makanan Tradisional Masyarakat Melayu, Cina dan India di Malaysia
Pengarang: Dayang Haszelinna Abang Ali
Harga: RM34.00 ISBN: 978-967-461-936-7

Proses dalam menghasilkan makanan tertapai memberikan kelainan dari segi tekstur, konsistensi, rupa, bau, rasa, kealkalian atau keasidan makanan tersebut. Kelainan ini menyebabkan kebanyakan masyarakat menolak makanan tertapai, khususnya generasi muda. Tambahan pula, dengan kemajuan teknologi yang semakin pesat, penyediaan makanan tertapai secara tradisional semakin kurang mendapat perhatian.

Justeru, tidak hanya menyenaraikan jenis makanan tertapai berdasarkan tiga kaum utama di Malaysia, buku ini turut menyenaraikan bahan-bahan berserta kaedah penyediaannya. Di samping bau dan rasa yang kurang enak, kebaikan setiap makanan tertapai dari perspektif sains diperincikan bagi memberi pendedahan berkenaan kelebihan dan khasiat makanan tersebut. Lambakan makanan moden dan segera serta rupa yang lebih menarik membuatkan masyarakat lebih cenderung untuk memilih makanan tersebut, sekali gus mengetepikan makanan tertapai. Kesannya, kewujudan makanan tertapai dan pengetahuan terhadap makanan tersebut mula berkurang. Untuk itu, buku ini memberi penekanan dari sudut sejarah, budaya dan proses asimilasi dalam penghasilan sesuatu makanan tertapai sebagai pendedahan serta nilai tambah kepada masyarakat, dalam memahami kewujudan makanan tertapai ini.

 

  • Hits: 32

PAUTAN LAIN
- USM
- MAPIM
- KPM
- PNM


  • Last Modified:
    Wednesday 20 November 2024, 03:41:17.