Piawaian Kompetensi Teknologi Maklumat & Komunikasi untuk Pendidik
Tajuk: Piawaian Kompetensi Teknologi Maklumat & Komunikasi untuk Pendidik
Pengarang: Azidah Abu Ziden
Harga: RM38.00 ISBN: 978-967-461-910-7
Anda merupakan pendidik, pengurusan institusi pengajian tinggi (IPT) dan pihak yang berminat membentuk generasi berdaya saing tinggi dalam era digital? Inginkan satu piawaian kompetensi yang menyokong Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2023?
Jika ya, buku Piawaian Kompetensi Teknologi Maklumat dan Komunikasi untuk Pendidik ini mampu membantu anda dalam menghadapi dan menerima cabaran teknologi demi membentuk masa depan pendidikan yang lebih interaktif, kreatif dan relevan dengan kupasan mendalam tentang transformasi pendidikan di Malaysia pada abad ke-21 serta peri pentingnya literasi digital dan kompetensi teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) dalam kalangan pendidik.
Buku ini mengupas cabaran dan peluang penggunaan TMK dalam pendidikan, menganalisis secara terperinci faktor-faktor yang perlu didalami oleh pendidik dalam menyiapkan diri dan pelajar ke arah masa depan yang berasaskan teknologi digital. Melalui penggunaan kaedah Delphi, buku ini menjadi panduan penting bagi pembangunan latihan pendidik. la turut membantu menilai kecekapan pendidik dari peringkat sekolah hinggalah ke IPT, mengukuhkan dasar pendidikan dan mendorong pendidikan yang sesuai dengan perkembangan semasa.
- Hits: 50