Warisan Sakral dari Perspektif Bahasa

Warisan Sakral dari Perspektif Bahasa

Emdash Small ShoppingLogoPRESTOkecilLAZADAkecilPGMALLkecilSHOPEEkecil

Tajuk: Warisan Sakral dari Perspektif Bahasa
Editor: Mohd Khaidir Abdul Wahab, Hasmidar Hassan
Harga: RM38.00 ISBN: 978-967-461-946-6

Setiap masyarakat mempunyai ritual sakral yang tersendiri. Ritual sakral ini diamalkan mengikut kepercayaan dan pegangan agama masing-masing. Kebanyakan amalan dan ritual ini bertujuan untuk memohon kesejahteraan, keselamatan dan perlindungan daripada Tuhan. Namun, banyak amalan ritual yang semakin berubah dan disesuaikan dengan tuntutan agama serta budaya masyarakat yang semakin berkembang maju. Atas alasan ini, penulisan ini diusahakan bagi mendokumentasikan warisan ritual sakral untuk dirujuk oleh generasi akan datang. Buku ini memfokuskan warisan sakral dari aspek bahasa yang diamalkan oleh pelbagai etnik dan bangsa di Malaysia. Bab-bab hasil sumbangan penulis dari pelbagai institusi pendidikan tinggi di Malaysia telah dikumpulkan dan diketengahkan sebagai salah satu kearifan tempatan yang wajar direkodkan dan dilestarikan. Buku ini wajar dijadikan sumber rujukan oleh pelajar, pensyarah, penyelidik, pencinta bahasa dan budaya, pembuat dasar serta masyarakat umum yang berhasrat meneliti warisan sakral dari aspek bahasa dan hubungannya dengan tujuan dan pengamalannya.

  • Hits: 35

PAUTAN LAIN
- USM
- MAPIM
- KPM
- PNM


  • Last Modified:
    Wednesday 20 November 2024, 03:41:17.