Membina Kehidupan yang Bermakna Melalui Terapi Tingkah Laku Dialektik
Tajuk: Membina Kehidupan yang Bermakna Melalui Terapi Tingkah Laku Dialektik
Pengarang: Nor Asyikin Fadzil, Nurul Yusra Afiqah Anuar
Harga: RM36.00 ISBN: 978-967-461-954-1
Memandangkan kebanyakan buku tentang terapi tingkah laku dialektik (dialectical behaviour therapy, DBT) yang berada di pasaran ditulis dalam bahasa Inggeris, agak tebal dan gaya penyampaiannya rumit, maka penulis mengambil inisiatif untuk menghasilkan buku ini dalam bahasa Melayu bagi memperkenalkan DBT kepada masyarakat umum. Konsep buku ini yang ringkas dan tidak terlalu padat dengan informasi memberi peluang kepada masyarakat untuk mengenali dengan lebih dekat tentang terapi yang sangat berkesan bagi membantu mereka yang mengalami kecamukan emosi dan kecenderungan mencederakan diri. Gaya bahasa santai seolah-olah berdialog dengan seseorang yang sedang mencederakan diri akan memberi gambaran tentang bentuk bantuan yang dapat dihulurkan kepada mereka. Buku ini sesuai dijadikan sebagai panduan kendiri mahupun sebagai bahan bacaan kepada ibu bapa, guru, kaunselor dan masyarakat umum.
- Hits: 50