Mengecap Halal Mendamba Berkat: Rintisan Keluarga Mukmin
Tajuk: Mengecap Halal Mendamba Berkat: Rintisan Keluarga Mukmin
Pengarang: Khairuddin Shaary
Harga: RM38.00 ISBN: 978-967-461-845-2
Merintis sebuah keluarga yang mempunyai kualiti modal insan tidak dapat lari daripada aspek pemakanan. Oleh sebab itu, pemakanan menjadi tajuk utama dalam cabang-cabang ilmu Islam, akidah, syariat dan tasawuf.
Pemakanan memberi impak kepada hubungan manusia dengan Tuhan selain memberi kebaikan kepada daya intelek, kelestarian jasmani dan emosi. Justeru, tema Halalan Toyyiban mendapat tempat yang cukup istimewa dalam al-Quran sehingga diungkapkan sebanyak empat kali.
Malah, datang satu hadis Nabi SAW jelas mengungkapkan bahawa Allah SWT mewajarkan mukmin memakan hanya yang terbaik seperti mana yang telah diarahkan kepada para rasul-Nya di samping mengaitkannya dengan kekuatan untuk beramal soleh dan kemakbulan doa.
Buku ini memberi penekanan terhadap tema Halalan Toyyiban. Bukan hanya menekankan soal pemakanan, namun naskhah ini juga mengutarakan ehwal pendapatan yang menjadi jaluran kepada mobiliti pemakanan sebuah keluarga mukmin.
- Hits: 81